Friday, August 31, 2007

50 tahun merdeka

Sama saja. Tiap-tiap tahu sambut ulang tahun merdeka sama sahaja. Bahkan sama saja dengan apa-apa sambutan yang memuja ketik jarum saat dan minit. Tahun baru begitu juga. Duduk dongak menyembah alat menunjuk waktu. Dan tiba-tiba hlang waras melonjak-lonjak. Horey… sudah tahun baru. Horey… sudah merdeka sekian-sekian tahun.

Letup bunga api dan mercun besar. Melonjak-lonjak lagi. Berhimpit-himpit. Bersendat-sendat. Dan bergesel-gesel. Berpeluh-peluh. Melekit, meleleh dan memancut.

Biar 1000 tahun pun, ia tidak akan punyai apa-apa erti mahu makna seandainya perayaan merdeka hanya diisi dengan pidato kempen politik sambil mengibar bendera berjalur-jalur yang akhirnya dikeronyok-keronyok masuk ke bakul sampah. Tidak percaya! Bukan kalian yang memungut sampah setiap awal pagi. Tanya kepada yang memungut.

Bendera dan bunga api. Itulah makna merdeka.

Mak aku lahir 6 tahun sebelum merdeka. 8 tahun kemudian baru arwah opah meneran abah keluar.

Setiap kali emak mengenang merdeka ialah makan ubi kayu yang digaul dengan nasi yang ditanak. Jarang sekali dapat jamah nasi. Itupun sorok-sorok ditanam dalam tanah. Dan jarang-jarang itu opah mengambil bahagian kerak, memberi nikmat nasi kepada suami dan anak-anak.

Sampai hari ini, hari selepas 50 tahun merdeka, kalau opah masak nasi makan ramai-ramai opah akan ambil yang kerak. Dan fe’el itu melekat pada aku. Suka makan nasi yang kerak-kerak. Hangitnya itu seperti garing dan rangup.

Dan merdeka pada abah ialah ketika muncung senapang patah diacukan atuk ke kepalanya, hanya kerana abah meminta wang untuk membeli buku sekolah. Kata atuk, ‘Kau pergi menoreh getah, kemudian beli buku’.

Atuk sebak ketika menukilkan versi kisah ini. Katanya keadaan sangat menghimpit. Bukan tidak mahu anak-anak sekolah tinggi. Bukan!. Namun takdir menulis perjalanan hidupnya begitu.

Dan hari ini abah dan emak, menjadi inspirasi kepada aku tentang makna sebuah kemerdekaan. Abah tak pernah tengok percikan bunga api secara live. Emak juga begitu. Tapi mereka lebih faham. Mungkin lebih faham dari pemidato yang melompat diatas sana.

Bapakku Khairi juga. Tapi Khairi yang diatas pentas itu sangat meloyakan tekak aku. Malam merdeka itu syahwat ku hilang untuk beberapa jam. Uwek.

Wednesday, August 29, 2007

Yang membuatkan aku gembira (Bahaga kedua yang tertangguh)

Edy, berkali-kali menanyakan dengan nada mendesak, ‘Kenapa kau tak sambung cerita-cerita yang kau janjikan nak sambung hari itu?’.

Belum sempat aku jawab dia tembak lagi, ‘Banyak kali kau buat begitu, tunggu punya tunggu tak de pun’.

Masa dia menyudahkan perkataan terakhir aku sudah pun terguling dengan darah membuak-buak keluar dari mulut aku.

Ini kisah kedua yang menggembirakan aku.

Haji Sidek. Seorang Pak Gard pencen. Buka gerai di belakang Pasar Borong Pandan. Abang lori strawberi yang intro pada aku. Katanya fames dikalangan drebar lori yang memunggah barang di pasar borong.

Satu hari aku berbual-bual dengan Haji Sidek. Dia nak naik haji, maka nya makanan dan minuman yang dijual sangat murah dan berpatutan. Juga sedap.

Banyak yang kami bualkan. Lebih tepat Haji Sidek sebenarnya ‘sekolah’kan aku. (Sekolah dalam ayat orang Johor bermakna berleter @ berceramah @ menasihat). Dari isu tiang pembahagi jalan yang bengkok dilanggar cina mabuk di waktu subuh sehinggalah kepada soal budaya, mentaliti dan (wow!) paradigma.

Ingat ini Haji Sidek, jaga pencen yang berniaga gerai makan tepi sungai yang sudah sangat tercemar. Bukan manager Coffee Bean atau CEO konglomerat besar. Bukan juga kisah siapa yang dikurniakan darjah Dato’ Tan Sri ataupun , pegawai pejabat mufti yang bercerita tentang kereta baru yang ditukar. Mana lebih sedap BMW atau Mercedes.

Banyak lagi yang dibualkan. Besar sungguh jiwa orang tua berperut bulat ini.

Setiap kali aku turun pasar borong untuk mengambil stok strawberi dari Cameron Highland pasti aku akan ambil kesempatan ini untuk minum, bersarap dan mendengar cerita-cerita dari Haji Sidek.

Dan tiap-tiap pagi Haji Sidek akan asingkan sepinggan nasi dan beberapa ketul lauk digaulkan untuk dihidangkan kepada dua ekor anjing liar yang berkeliaran di sekitar gerainya.

Haji Sidek seorang yang menginspirasikan. Semoga Tuhan memberikan ganjaran yang selayaknya buat amalanmy.

Ita Anak Angkat Emak

Bukan emak saja-saja mencari anak yatim untuk ditaja. Kerana menjaga kakak yang menjadi permata jantung hatinya itupun sudah cukup mengisi masa emak buat melalukan amal jariah. Tapi selepas berpindah, bagai disusun-susun Waida membawa pulang seorang kawannya sekali lagi ke rumah. Itulah Ita. Tidak disangka terus melekat menjadi anak angkat emak yang kedua selepas emak.

Ita. Sebaya adik bongsu aku. Tika itu Tingkatan 1. Sek Men Keb Slim River. Ayah Ita meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Beberapa bulan selepas itu ibunya pula nya menyusul ayahnya kerana sakit yang tidak dipastika puncanya. Selepas itu adik beradik Ita bertaburan dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka. Hanya Ita yang menetap di rumah aku.

Ita cantik. Kulit sawo matang. Baik. Menyayangi emak dan kakak. Kadang-kadang terasa lebih dari kami adik beradi menyayangi emak. Setiap tahun Ita yang paling dulu mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada emak angkatnya. Mungkin yang kehilanga lebih memahami akan hakikat kehilangan itu. Berbanding kami adik beradik yang lain. Tetapi selepas pemergian opah beberapa bulan lalu, aku makih mengerti tentang kasih sayang seorang ibu dan erti kehadiran dan kehilangan.

Masih segar wajah anak-anak opah.

Abah yang kepingin seorang lagi anak lelaki pernah menawarkan kepada adik-adik Ita untuk tinggal sekali. Ita kata tak mahu susahkan emak dan abah. Abah kata tak mengapa kita makan apa yang ada. Insya Allah cukup kata abah.

Tapi akhirnya hasrat itu tidak kesampaian sebab Ita tidak mahu adik-adiknya dipisah-pisahkan.

Kini Ita sekali sekala berhubung dengan emak. Dia menetap di sebuah rumah anak-anak yatim di Selangor bersama adik-adiknya. Sekali-sekala emak dan abah akan mengunjungi Ita di sana.

Labels:

Thursday, August 23, 2007

Gentel tetek

D. Kau ada gentel tetek J lagi tak?

J. D ada gentel tetek kau lagi tak?

R. H. Kau ada nampak lagi tak D gentel tetek J?

Empat sms aku hantar kepada empat nombor emmat orang berbeza. Semuanya. Keempat-empatnya tidak berjawab. Aku belum gila. Aku masih waras.

Aku cuma bosan. Tapi soalan itu relevan kan? Kan?

Katanya besdey parti

Betullah. Wan tak tipu aku. Ada dua biji kek yang dicucuk lilin-lilin bernyala untuk ditiup. Banyak anak-anak lilin. Dinyalakan untu dihembus padam.

Aku dijamu dua gelas kertas pepsi berais. Aku batuk. Dah aku batuk minum sajalah. Tak minum pun aku batuk juga. Bukankah begitu? Sebiji burger yang rasanya macam berger semalam. Sekantung kentang goreng bergaram. Setiap kali aku makan kentang goreng bergaram kfc dan mcdonald hidung aku akan gatal-gatal dan merah-merah. Kenapa?

Seorang wanita awal 30-an menemankan aku berbicara. Seorang akauntan bank. Dia bertanya itu dan ini tentang aku. Aku suka orang tanya tentang aku. Dan dari situ aku akan boleh bercerita banyak tentang aku. Egois!

Dan dia mula cerita. Akak buat ni dah 6 bulan. Mula-mula macam tidak yakin, tapi masuk bulan ke empat dan kelima baru nampak hasil. Akak mula seronok. Seminggu dua tiga kali sahaja perlu datang ofis. Kita hanya perlu usaha 30 peratus dan selebihnya 70 peratus ialah dorongan dari teamwork. Akak awal 30-an memberi testimonial. Kemudia kami masing-maing mengunyah berger mcd yang masam sambil bersulam pespi berais.

Lagu hepi besdey dinyanyikan. Er. Sebelum itu lampu dipadamkan. Sebahagian ruang restoran bergelap menyemarakkan nyalaan lilin yang melintuk liuk. Hanya menanti ditiup.

Seorang lelaki segak muda dapat duduk disebelah kerusi aku. Dia hulur tangan. Aku sambut salam dengan gerakan yang agak pelik. Atau ada buku hadis baru dijumpai. Atau inikah hadith musalsal yang dirawikan ustaz indonesia itu?

Yah. Berbual dengan wanita lain nikmatnya berbual dengan lelaki.

Dia mula bercerita. Dahulu dia seorang juruteknik kilang kereta. Katanya kereta berharga ratus-ratus ribu, upah yang pasang kereta hanya 800 ringgit sebualn. Sungguh tidak berbaloi.

Aku senyum. Teringat artikel nik nazmi tentang kapitalis dan tenaga buuh yang dibayar murah oleh kilang-kilang yang mengeluarkan barangan berjenama mewah dan sangat mahal. Aku dapat poin.

Baru nak mencelah dia sudah sambung.

Emaknya setiap hari menguli tepung untuk buat kueh. Dah dia berfikir bagaimana mahu mengubah nasib nya dan keluarganya. Dan sejak 8 bulan yang lalu dia dah mula buat bisnes ini. Berbaloi katanya. Sampai bila kita mahu berfikir tentang mencari duit-duit dan duit. Dan kini ‘income’nya katanya sudah hampir mencecah 5 angka. Wow. Aku buat-buat aksi seperti terpegun dalam kontrol macho.

Sebelum sempat aku sambut testimoni yang kedua dia sudah hulur tangan untuk beredar. Aku terkebil-kebil. Namanya Faizal. Tapi tak dapat nombor telefon.

Aku selak semula naskah Pram. Sementara yang lain hiruk pikuk menjayakan ‘game’ dalam kebisingan muzik.

Datang pula seorang wanita muda cantik. Duduk dekat. Memulakan perbualan. Tampal saja testimoni wanita awal 30-an ataupun Faizal yang muda remaja. Hanya ubah anu x dan y nya sahaja. Terasa bakteria nanah mula mengaktifkan jentera kumannya. Aku meneliti bibirnya yang disapu gincu pink berkilat. Pipinya dibedak ala-ala. Bedak asasnya sedikit ditebalkan dibawah anak mata, sembunyikan garisan hitam yang membungkam. Aku hanya tahu nama. Tiada nombor telefon. Sebab dari mulutnya di ketika lain hanya pacul Norman dan Norman, sang enggineer yang satu-satunya tidak mendekati aku. Syukur.

Kemudian, Kak Julia. Seorang kontraktor kelas F. Bekas kontraktor.

Kemudian, kemudia, kemudian bersilih ganti. Aku rasa nanah ditelinga aku sudah cukup masak. Hanya sedia untuk meledak. Seperti anak kucing tercekik tulang, buih-buih putih meleleh malas keluar dari celah gigi dan bibir.

Lekas-lekas aku membacakan dalam minda aku kisah tempayan yang retak.

Tidak ada keburukan melainkan disebalik keburukan itu akan ada kebaikan yang tersembunyi.

Aku selak-selak malas Jalan Raya Pos, Jalan Daendels bapak Pram. Tiba-tiba seorang braderyang paling galak berjoget ketika game tadi mencelah. Dia minta menyelak naskah kecil bapak Pram. Nasib baik dia hensem.

Aku pancing. Aku kata Pram 30 tahun dipenjara di Pulau Buru. Menulis tetralogi Pulau Buru ketika dalam tahanan tanpa menggunakan sebatang pen mahu pun sehelai kertas.

Dia teruja. Terpesona. Aku keluar jarum suntikan dari poket. Sedia!

Dan disitulah kegunaan tempayan retak. Abang Shaharudin. Sebab umurnya sudah 30-an. Anak dua. Beristeri. Pernah menghadiri beberapa kursus IKIM. Yes!

Aku suntik dia dengan hormon penulisan pts. Dia khayal dan mabuk. Jampi aku sudah mujrab. Banyak sekali yang aku tumpahkan kepada Abang Shah. Dalam bulan ini sahaja aku sudah berkenalan dengan 2 penulis yang sudah terbit buku dan seorang bakal penulis yang aku kira sangat berbakat dan berprospek cerah.

Tepayah retak itu sudah berjaya menyuburkan tanaman-tanaman disisinya , hasil curahan air yang menitis dan melelh dari rekahan tubuhnya.

Praktis bersahur

Beberapa menjak belakangan ini memang aku susah mahu tidur. Ngauman enjin helikopter yang membuat rondaan, gesekan kaki lipas berlari-lari anak di atas kotak polisterin dan rengekan putaran kipas yang sudah lama tidak dijelikan engselnya terasa benar-benar meresahkan. Hatta sang cicak meneran untuk bertelur pun terasa erangan itu. Sungguh.

Dan pagi itu, seperti kata Wan Spg, seolah-olah bangun bersahur, jam 4 pagi aku memandu seorangan ke Ulu Tiram. Untuk menerima kirima stok dari Tanah Tinggi Cameron. Berminit-minit aku menunggu, dan dengan satu panggilan telefon aku dapati sebenarnya tia penghantaran di buat pada pagi itu. Dan aku pun sangat gusar. Haruskan aku meneruskan hasrat untuk bersahur pada pagi itu?

Sms Encik Sharil aku salah tafsir. Begini :

En Yan : Tuan, stok bila mahu sampai?
En Sha : Macam biasa, esok.

Dan aku memahami esok sampai. Sedangkan En Sha menerangkan, esok pagi tayar lori baru hendak bergolek.

Maka, sebulan sebelum Ramadhan menjelang, aku sudah pun diatur supaya membiasakan diri untuk bersahur. Semoga Tuhan kurniakan aku pahala untuk bersahur itu.

Sunday, August 19, 2007

badan pembuat-pembuat apum semalaysia (bapum)

Mesyuarat BAPUM bersama Dato' Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua.

Hari : Rabu
Tarikh : 22 Ogos 2007
Tempat : Lantai 13, Plaza (dirahsiakan), Shah Alam
Masa : 11:00 pagi

"Kerja-kerja berpersatuan ni lama dah aku tinggalkan. Mungkin gergaji dan paku paht yang ada sudah pun berkarat".

BATAL!!! KATANYA DATUK S.U.K tidak dapat berjogin

Friday, August 17, 2007

Anti Kegembiraan Hidup

Semalam aku tonton filem The Departed. Filem tentang jenayah dan dunia penjenayah. Belum lagi mahu mengulasnya. Storinya sangat bagus. Nyata naskah yang asalnya ditulis oleh orang Hong Kong dengan judul Internal Affair berbaloi di beli Martin Sorcese. Penuh dengan kejutan dan kejutan. Sampai aku tersandar menerima penyelesaian filem ini. (ulasan di sini).

Dan malam ini aku cuba pilih mana-mana filem yang belum aku tonton. Black Book aku pilih.

Hidayat cemburu sebab aku masih berkesempatan menonton filem secara marathon di pawagam. Dan Radzi juga cemburu apabila aku mampi melompat ke Kuala Lumpur menghadiri kuliah SifuAinon dan membeli buku-buku kegemaran tiap-tiap bulan.

Untuk Hidayat.

Aku tidak macam yang lain. Yang sumber kegembiraan hidupnya ada. Ada isteri (Anam, Hidayat dan Muziairi). Ada anak (Anam). Dan ada anak dalam perut (Hidayat). Itu semua sumber-sumber kegembiraan hidup. Yang lain-lain kalian ada antara satu sama lain. Hum ada Juju. Radzi adan Cha’i. Begitu lah sebaliknya. Sedang aku? Aku? Apa yang aku ada.

Hanya dua butir skrotum yang sendat dengan sperma.

Oleh yang demikian aku perlu ruang dan peluang untuk mencari sumber-sumber lain kegembiraan hidup. Itulah dianya cinema, wayang, porno, dan dvd cetak rompak.

Untuk Radzi.

Untuk dihitung-hitung pendapatan bulanan kita buat masa ini, memang tidak terhitung. Bukan kerana banyak sikitnya. Akan tetapi tidak dapat dihitung setelah ditolak-tolakkan hutang, bahagi, kamiran pembezaan dan di lakukan operasi trigonomteri. Yang tinggal hanyalah angka-angka yang dihitung tanpa menggunakan mesin kirai-kira (baca kalkulator).

Tapi kuliah Sifu dan buku-buku yang aku beli adalah ibarat pinggan-pinggan nasi yang aku tatap setiap hari. Manakan mampu aku gandakan pinggan-pinggan buat mengisi perut sedang otak aku kepingin santapan yang sama.

Untuk sepinggan nasi yang belanjakan disitu juga sepinggan juadah buat otak dan minda aku menjamah.

Itu sahaja. Harap kalian faham.

Wednesday, August 15, 2007

Rumah Ibu Mertuaku

Hari ini sel darah putih aku sudah mula membanyak. Membiak. Natijahnya suhu badan aku naik. Sel darah putih ini menggandakan jumlahnya untuk membentuk satu angkatan memerangi virus-virus sema-sema dan bakteria batuk yang menyerang aku beberapa hari ni. Akan berlaku beberapa siri peperangan dalam pembuluh darah. Mungkin darah aku akan berukar menjadi warna merah jambu. Tapi hanya untuk seketika. Aku akan jadi panas. Demam. Dan aku hanya perlu berehat. Tidur mungkin.

Semalam dua gadis cantik yang aku ‘admire’ gila sms aku. Azira Nona Manis dan Alya yang pasti membuat sesiapa menoleh untuk kali kedua.

Aku kurang pasti mengapa kedua-dua manusia ini muncul secara tiba-tiba. Dua kali pertanyaan aku kepada Azira dijawab ‘belum bersedia’. Dan aku hampir memutuskan bahawa antara aku dan dia ‘mungkin tiada jodoh’.

Alya yang manis pula menyepi secara tiba-tiba selepas begitu banyak sms yang aku hantar tidak berjawab. Mungkin salah aku. Ketika dekat buat tak tahu, dah jauh baru terhegeh-hegeh. Alya cantiknya aku nampak setelah jauh. Pekertinya. Kegemarannya membeli akhbar Kosmo dan khatam hingga huruf terakhir. Wanita ideal untuk menjadi ibu kepada anak-anak aku.

Mungkin kerana ketika itu aku masih gila pada bayang-bayang SiManisBertahiLalat. Ah! Persetankan.

Cumanya dalam keadaan demam-demam begini aku dambakan seseorang mendodoikan aku tidur. Dengan belaian. Dengan renehan sup panas. Teh O dan cekodok ikan bilis.

Tapi semua itu masih impian.

** Malam tadi aku bermimpi. Mimpi yang signifikan. Aku berada di sebuah rumah kampung. Waktu pagi. Ada wanit tua yang menyiapkan aku minuman pagi. Dan pagi itu aku demam. Macam sekarang ini.

Soalan? Adakah itu rumah ibu mertuaku?

Menanti kebah

Mula serak-serak basah. Aku nyanyi lagu nota-nota rendah dan pertengahan sahaja. Tapi bila Boboi Yang Poyo tu sentak keris dia nyanyi lagu-lagu nota tinggi (Misha Umar dan Samson) aku pun melompatlah berpencak. Nyata tekak aku koyak dengan lagu-lagu tinggi Ziana Zain dan Flybaits.

Terus serak-serak itu menjadi batuk-batuk yang membentak dada.

Bangun pagi hidung aku pula disumbat mukus-mukus pekat dan putih. Berhari-hari lantai simen rumah besar ini tidak disapu. Natijahnya disedut dua serombong yang teramat sensitif ini.

Aku kedekut untuk membayar hanya semata menatap wajah tuan doktor klinik swasta yang kapitalis demi mendapatkan beberapa butir ubat.

Aku tidak cukup rajin beratur di klinik kerajaan. Berjam-jam hanya untuk menyukat suhu badan.

Dan juga sangat prejudis dengan tablat parasotamol yang dijual dikedai-kedai runcit. Banyak yang palsu dari yang original.

Aku biarkan saja sel-sel darah putih aku mengembang, membanyak dan memanaskan badan. Dan pelahan-lahan singlet bundle aku mula basah dan melekit.

Monday, August 13, 2007

Berhenti Membaca

Aku berhenti membaca ‘Nama Saya Merah’ ; Orhan Pamuk. Berkecamuk. Penceritanya bertukar-tukar. Pening. Lebih pening dari Saga. Biarlah dia menang anugerah segala-segala pun, tidak ada gunanya kalau tidak dibaca (oleh aku).

Aku baca pula Kreativiti dan Pendidikan ; Hassan Langgulung. Bergulung-gulung neuron serebrum aku memahamkan gelung-gelung perkataan yang diikat. Banyak idea dan poin bagus. Sayangnya menemukannya teramat sukar. Jauh lebih sukar mencari anting-anting yang tercicir dalam rimbunan pohon seperti dalam iklan syampu.

Aku belum merasa untuk sambung baca ‘Kehidupan Seorang Pie’ ; Yann Martel. Berpintal-pintal juga. Terlalu banyak monolog. Seorang-seoran, sendiri-sendiri di atas laut lepas.

3 buku di atas membacanya tidak membuat aku rasa bahagia. Apatah lagi memudahkan jalan aku menuju ke syurga!

Wednesday, August 08, 2007

Lagi

Boss 1 yang usulkan. Boss 2 sudah setuju secara dasar. Aku pun sudah setuju dan redha. Hanya tarikhnya masih belum ditentukan.

Aku akan bertugas di Seremban Dan tidak lagi Bandar Seri Alam.

Bagi meraikan khabar ini aku membeli dua buah buku.

1. Subuh : Pramodya Ananta Toer (Antologi 3 cerpen terbitan tahun 1984)
2. Pudarnya Cinta Cleopatra : Habiburrahman El-Syirazy

Kedua-duanya diperolehi di MPH Jusco Seremban. Kepada peminat Pram, Subuh adalah naskah terakhir. :-).

Pudarnya Cinta Cleopatra direkomen oleh seorang rakan penulis. Katanya begitu bagus. Aku sudah baca. Benar. Tetapi tidak mengujakan seperti membaca Perburuan (Pram) ataupun Tenggelamnya (Hamka). Nantilah aku ulas.