Monday, July 30, 2007

Tekanan

Tekanan

Minggu lepas aku pening-pening. Pusing-pusing. Bukan sakit kepala. Seperti terlalu tidak cukup tidur. Kepala memberat seperti menggalas seguni beras basah. Seperti juga terlebih tidur diwaktu senja hari. Dua hari berturut-turut. Dan bonda tentunya yang paling sayang pada aku, menasihatkan supaya bertemu doktor. Ada kemungkinan berkaitan tekanan darah yang rendah.

Tekanan

Aku suka kepada tekanan. Itu aku bilang dengan kawan-kawan. Tekanan membuatkan aku lebih banyak berfikir. Dan lebih banyak menulis bagi menghuraikan simpulan-simpulan yang berserabut dalam serebrum aku.

Tekanan

En Anam pernah menukilkan sepatah kata dari perawi yang bersanad panjang. Bunyinya : ‘You can push, but not too hard’. Push. Bukan Pussy. Push juwa membawa maksud tekan. Tekanan.

Tekanan yang melanda musim ini nampaknya lain sekali. Hujan mencurah-curah beberapa hari ini benar-benar meresahkan. Dari New York hingga Seberang Prai air menaiki bibir-bibir longkang dan tebing-tebing sungai.

11 plus 1 dvd yang aku beli masih belum mampu menghilangkan tekanan yang bertompok dalam jantung aku. Begitu juga Naratif Ogonshoto yang dikatakan terbaik olah Umar Junus. Lain benar henjakannya kali ini. Hingga susah sekali untuk aku ketikkan perkataan dan kalimahnya. Tidak seperti yang sebelum-sebelum ini.

Yang kerap terimbas dalam dinding pikir aku seperti disimbah darah hanya:

Jalan Datuk Keramat
Jalan Hamilton
Road Walk
Flat Taman Pertama
USM
Pulau Tikus
Honey Bunch
Jalan Tunku Kudin
Kampung Makam
Permatang Haji Hassan
Pantai Bersih

P/S : Honey bunch! I love you. But I really hate you.

Saturday, July 28, 2007

Terima Kasih En Hum

Tahniah dan terima kasih En Hum. Tahniah sekali lagi. Buat pertama kalinya selepas beberapa tahun, akhirnya En Humaidi berjaya memasukkan gaji staf-staf marhaennya tepat pada masa yang dijanjikan. Tuhan sentiasa mengabulkan doa hambanya.

Oleh yang demikian itu, untuk meraikan kejayaan yang amat bermakna bersempena dengan 50 tahun merdeka aku beli dvd cetak rompak 50. Bukan 50 puloh keping. Akan tetapi RM 50.00. Apa kau ingat aku gila meroyan hendak beli dvd cetak rompak 50 keping sekali gus.

Sekeping dvd cetak rompak berharga M 5.00. Aku beli sepuloh keping dengan harga RM 50.00 maka diberi 2 dvd cetak rompak percuma. Kesemuanya berjumlah 12 keping. Jadilah pengguna yang bijak. Belilah barangan cetak rompak!.

1. Anak-anak Kecil
2. Bebel
3. Fur : Potret Imaginasu Diane Arbus
4. Gadis-gadis Yang Bermimpi
5. Lanun-lanun Teluk Carribean : Dada Orang Mati
6. Raja Terakhir Scotland
7. Surat-surat dari Iwo Jima – Clint KayuTimur (Eastwood)
8. The Departed
9. Generasi Ketiga
10. Wanita di dalam Air – M. Night Shyamalan
11. Wanita Matahari Naik yang Kecil

Dvd yang ke-12 tidak lulus untuk bacaan. Ha… ha…

Dan aku beli sebuah novel baru. Walaupun The Missing Piece Kak Timah belum pun separuh dibaca.

1. Naratif Ongosoto.

Teruja aku dengan ulasan Umar Junus. ‘Novel Malaysa terbaik’. Tentu lebih menggigit dari Ranjau Sepanjang Jalan Cikgu Shahnon. Seharusnya lebih kuat dari Tulang-tulang Berserakan Usman Awang. Tidak pun lebih terdedah dari Salina Pak Samad. Tunggu aku ulas kemudian.

Selebihnya dari itu, hidup aku beberapa minggu belakangan ini sangat tidak berkualiti. Banyak masa dibazirkan. Tidak sedikit sperma yang tumpah dengan rela dan paksa. Sungguh jauh aku lari meninggalkan banyak suruhan Kitab. Juga begitu padat dengan larangan-larangan Yang Maha Kuasa yang aku langkahi.

Monday, July 23, 2007

Rizal Kahwin

“Anta apa khabar? Lasa sungguh tidak berkirim khabar”.

Begitulah demikian pesanan mesej ringkas yang dikirimkan kepadaku. Dari bos yang juga seorang teman sejak sekolahan. Bemula tahun 1995, aku kira sudah 12 tahun lebih. Sama seperti bos-jaga-duit.

Aku katakan yang sebenarnya. Aku berada berhampiran perkampungan Perigi Hang Tuah. Untuk memenuhi jemputan seorang teman yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini.

“Asyik pergi majlis orang lain sahaja. Anta bila lagi?”.

Dan aku balas. “Aduh! Itu bidikan tepat. Betul kena pada pusat jantung.”

Rizal sudah pun kahwin. Maka hilang seorang kawan aku dari alam terunanya.

Mula-mula terserempak dengan Rizal di perkarangan foyer fakulti. Fakulti yang dikatakan fakulti longkang. Kerana di bawahnya melintas parit selebar dua kangkang mengalirkan air kumbahan. Tidak terlalu bersih, da tidak juga terlalu kotor. Sesekali kita boleh nampak beberapa ekor kura-kura atau labi-labi berenang-renang tenang.

Di foyer itu Rizal termangu-mangu. Melihat kiri dan kanan. Mambawa beg seperti anak sekolahan. Di tangannya satu folder kertas yang diselak dan simpan beberapa kali. Dan ketika itulah kami berkenalan. Rizal budak pengambilan kedua. Tidak tahu mana arah tuju. Dan aku dengan penuh sopan santun mulia dan baik hati menunjukkan apa-apa yang patut untuk di buat.

Rizal sirna dengan kebaikan dan tingginya budi bahasa dan ketamadunan aku. Dipendekkan cerita kami pun berkawan. Bermula dengan kawan-kawan biasa sahaja. Dia daftar subjek seksyen yang sama. Dan ditakdirkan selepas Fuad Naim berpindah ke bilik single (kerana dilantik menjadi Jawatankuasa Kolej) aku dan Rizal pun menjadi teman sebilik.

Antara aku dan Rizal, kami tidak punya banyak persamaan. Tak banyak perkara yang menarik tentang Rizal pada aku. Bahkan ada beberapa perkara yang pasti aku tidak suka dengan dia. 1. Tidur kuat mengigau. 2. Tidak pernah sabar ketika mahukan bantuan. 3. Kuat merajuk kalau disakat Amzari. 4. Ketiak tak pakai deodoran.

Namun itu tidak menghalang aku dan Rizal untuk kekal menjadi kawan baik hingga ke hari persandingannya. Ternyata sebuah persahabatan memerlukan lebih dari sekadar minat, citarasa, selesa dan naluri seks yang sama.

Mungkin aku terlalu angkuh ketika mengatakan aku menjadi inspirasi banyak orang termasuk Rizal. Mungkin aku silap. Dan yang demikian itu Rizal senang sekali berkawan dengan aku. Ah!. Angkuhnya.

Selain dari menukar tiup tayar motosikal tiada apa yang bergunanya Rizal pada aku. Itu pandangan aku pada Rizal suatu ketika dahulu.

Dalam banyak hal kehidupan bilik pintu kami aman damai. Dalam banyak hal Rizal lebih mudah mengalah. Tiap-tiap malam bilik pintu kami akan jadi panggung amal untuk menayangkan filem-filem cetak rompak terbaru. Aku dan Rizal akan bincang tentang tajuk. Dan selalunya tajuk aku yang akan menang. Begitu juga dengan muzik. Aku pasang mp3, maka Rizal tutup radionya. Rizal buka lagu dari komputernya, dia akan matikan komputer aku. Dan aku tidak pernah membantah. Itulah harmoni kehidup berbilikpintu kami. Mana hendak cari teman pasangan bilik pintu yang begini baik.

Sebagai teman sebilik Rizal tentu tahu dan kenal aku lebih dari yang orang lain tahu. Bahkan lebih dari apa yang dia patut tahu. Pun begitu sikap dan tindakannya sangat menerima aku seadaanya.

Dan hari ini, aku, Ady, Wan SPG dan Ijat Batu Pahat menghadiri majlis persandingan Rizal. Kami tidak bawa apa-apa hadiah melainkan perut kami yang kosong. Empat susuk tubuh yang berbus dan bergen2 itulah hadiah yang paling bermakna buat seorang rakan. Dan kami juga tidak dapat belama-lamaan untuk bergebang bercerita tentang kisah muda mudi. Dan kami juga merasakan sudah tiba masanya Rizal dikecualikan dari Partu Hitam dan Putih. Juga dari apa-apa agenda yang lain.

Aku akan sentiasa merindui teman aku yang seorang ini.

Hijau baju pengantin. Aku salam pengantin lelaki erat dan kemas.

“Kalau aku rasa nak kahwin nanti aku jemput kau pula.” Kawan-kawan aku ada yang senyum. Itulah perkataan yang paling tepat buat Rizal dari aku ketika ini.

Selamat pengantin baru Rizal & Aishah. Doakan aku mahu kahwin.

Wednesday, July 18, 2007

Perempuan Simpanan

Menjadi perempuan simpanan bukan perkara yang mudah.

Menjadi pemain simpanan juga tidak mudah. Di atas padang bola yang luas dan rata bagai dibentang. Ketika kesebelasan pemain utama beraksi, berlari dan kejar mengejar. Kita pula sebagai pemain simpanan terlonjak-lonjak di luar garisan. Dengan begitu ghairah ekor mata mengekori golekan bola yang kian disepak kian ditanduk. Dan sesekali kita menumbuk telapak tangan tanda geram.

Seperti ingin diterkam dari luar objek bulat yang menggiurkan itu. Tapi kita hanya pemain simpanan.

Sesekali seperti kita berdoa mengharapkan pemain utama lekas letih. Dan kadang kala menjadi kejam oleh doa kita uang mahu lekas-lekas pemain utama pasukan kita itu ditanduk diperut atau pun dicantas pada keting. Biar lekas dia cedera. Da kita lelaki simpanan itu akan mula beraksi mengambil alih. Pernah sampai begitu.

Dalam dunia ini bukannya sedikit manusia yang berwatak begitu. Gembira dengan kedukaan orang lain. Ada orang suka bila ada saja kenderaan berlanggaran, maka bisnes bengkel keretanya akan masyuk. Ada orang suka orang lain sakit supaya ubat-ubatnya akan laris. Dan wakil syaitan di dunia ini yakni Amerika suka adanyap perang. Dan perang itu satu kelansungan menggerakkan industri persenjataan yang diterajui Amerika. Bagitulah kita manusia.

Aku menjadi lelaki simpanan. Sesuatu yang amat-amat tidak masuk akal. Perempuan bercerai harus ditunggu tempoh eddahnya. Tapi yang belum bernikah, belum tentu naik pelaminnya, apa masih mau ditunggu tarikh talaknya?

The Missing Piece

Aku membaca The Missing Piece oleh Fatimah Busu.

Aku beli kedua-dua jilidnya, satu ; kerana nama Fatimah Busu, dua ; kerana judulnya yang menggamit.

Naskahnya tebal. Lebih 800 halaman. Semalam sahaja aku sudah baca hingga halaman 200. Dan hari ni aku sambung hingga halaman 400. Selesai semua 800 halaman aku akan ulas.

Membaca The Missing Piece membawa aku balik ke Pulau Pinang. Fatimah bercerita tentang pengalamanya belajar di Universiti Pulau Pinang (sekarang Universiti Sains Malaysia).

Ceritanya melalui Tanjung Bunga, lewat Batu Uban da semua-semua tempat yang membuatkan aku erasa sangat rindu, sepi dan seperti mahu marah.

Kalau aku ini wanita, tentu sahaja ini tanda-tanda aku mahu didatangi haid. Dada senak dada dan lenguh-lenguh pinggang. Berani sungguh Fatimah berkongsi cerita celah kangkang dalam novelnya. Huh!

Tapi nyatanya aku lelaki. Tidak lembut. Tidak ada alat kelamin wanita. Tidak ada dada yang berbuah berbonjol. Bahkan pula lengan, dada, dagu semuanya berbulu.

Ternyata rembesan hormon yang menyerap ke dalam tiub-tibu dan tisu-tisu dalam organ dan otot aku tidak stabil. Ada yang terlebih rembes hingga mungkin basah. Dan mungkin ada juga yang kering dan kontang. Hormon aku tidak stabil!.

Adakah kerana mahu kahwin? Atau adakah kerana, kerana-kerana yang lain.

Ditinggalkan sendirian, kesepian dan keterlanjuran di kejiranan yang penuh dengan jenayah bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan pertama aku. Bahkan bukan juga pilihan pertama yang lain-lain. Sesiapa juga pun. Yang nyata 8 orang dari warga gmr tidak memikirkan kemungkinan pilihan ini. Terlintas pun tidak. Hatta anjing pun tidak berkeliaran di lorong kediaman aku menginap.

Setiap malam sebelum tidur, sesudah aku melafazkan doal untuk tidur, ketika itu aku akan didodoikan dengan deruman kipas helikopter berputar-putar. Itu polis membuat rondaan.

Monday, July 16, 2007

Terkini

Yang aku dengar

1. Farah Asyikin – Semakin Hari Semakin Sayang
2. Dreamgirls – Its All Over
3. Jennifer Hudson – One Night Only
4. Wild Horses - Alicia Keys
5. Losing My Religion – Dolapdere Big Gang

Yang aku tonton

1. Berbagi Suami – Nia Dinata
2. Transformers – Michael Bay
3. Diva
4. Desperate Housewives Sesion 03 Episode 23 – Marc Chery
5. Pirates of Carribean 3

Yang aku baca

1. Ombak Samudera – Area Wati, DBP
2. Tuan Direktur – Hamka
3. Belajar Berfikir – Ainon Mohd, PTS
4. Off The Edge #31
5. Bumi Manusia - Pramoedya Ananta Toer, Fajar Bakti

Parti Hitam & Putih versi 03

Bersempena meraikan hilangnya teruna salah seorang dari ahlinya yang akan hilang teruna secara sah.

Tarikh : 22 Julai 2007
Hari : Ahad
Masa : Selepas majlis persandingan pengantin.
Tempat : Sekitar Semabok, Melaka. (akan dibincangkan kemudian)

Jemputan

1. Rizal (tuan rumah)
2. Che’ Pyan (penganjur)
3. Wan SPG (ahli kehormat)
4. Addy (ahli kehormat)
5. Neezal (ahli kehormat, tp tak dapat hadir)
6. Foo (ahli kehormat, tak dapat hadir)
7. Kimi (ahli bersekutu)
8. Jid (sah hadir)
9. Sab (belum dihubungi)
10. Amkari (sah hadir, belum isi borang)
11. Khir Hensem (sah hadir, belum isi borang)

Neezal kemungkinan besar tidak dapat hadir memandangkan dia belum sempat menyiapkan rakit batang pisang buat menyeberang Laut China Selatan.

Foo juga besar kemungkinan tidak dapat hadir, kerana jambatan Pulau Pinang ‘under construction).

Kimi, sama kes dengan Neezal. Nak naik sampai katanya tak larat nak dayung. Gilir-gilir dengan Neezal ler.

Sekadar cukup-cukup korum. Tapi nak ‘handle’ dua anak dara bawak jauh-jauh ni payah jugak. Alahai Jid dan Sab. Kenapa tak jadi lelaki saja.